CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 10, 2011

Anak..?? Camane yea.......

Fuuhh, anak. Sape xmo anak..?? Dan aku sndri seorang perempuan mmg teringin dan nak sgt2 anak. Ingt senang ke nk dapat anak..?? Buat tu mmg senang, p nk dpat tgok pada kemudahan rezeki dan nk jaga pon bukan senang taw. hemm, tapi tu la keinginan ak as a women. hehe.. nk nikah awal, sebbnye nk awl la. Tapi kite merancang je kan, Tuhan yang tentukan segala2nya. humm, walaibgaimanapun.... Ada cara2 yang digariskan dalam Islam dalam waktu ntuk bersama sang suami untuk mndapatkan zuriat. Eh, jgn pkir bukan2 ekk, ak post nie untuk kongsi2. Bukan tujuan  bukan2. Kut2 lah ade pengantin baru or bkal2 pngantin yang merancang untuk dapatkan anak dgn cepat terbaca post ni, boleh jadikan panduan ek. Dan untuk aku juga seharusnya. Takut2la nnty dah kawen ke, lupe plak sal sume nie. Penting nie taw. hhehe, so jum kita faham betul2 N3 kat bwah nie ekk.. tenangkan hati, berlapang dada dan berfikirn terbuka.. selamat mmbaca...:)

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna.

Sabda Rasullah SAW: 
"Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t. 

2. Pada malam selasa. 

Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3. Pada malam Khamis. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Kesuburan Wanita.

Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. 

Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga. 

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. 

Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak. 

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:

Pusingan Haid 

Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid. 

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari. 

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN). 

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat. 

Catatan Suhu Badan 

Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. 

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi. 

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya. 

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil. 

Sekian Wasallam.

Thursday, December 8, 2011

I Do miss you.

Setiap hari, setiap malam sblm tido msti teringat kat dye. Selalu je ade dlm otak, almaklumlah dah jadi tunang... hehe, ak percaya dn syg dye sperti mana aku akan percaya dan syg dye sbg suami aku kelak. dah tak lama lagi dah. target kami, 2013.. Banyakkan berdoa... semoga Allah permudahkan jalan untukku dan dirinya. Amin.. :)

p/s : sayang tunggu abang balik. 22 dec 2011 nie, dah tak sabar rasenya. terima kasih sayang sebab terima syg seadanya.. :) ;p

always miss and love you.. :)
i heart you so much..

Wednesday, December 7, 2011

Engaged on 20112011

Dah bnyak kali rasenye ak buat tajuk nie. cuma yg bezakan nye adalah aku skrang mmg tunangan org. hehe. alhamdulillah. cuma blum buat mjlis rasmi je... :). See, tarikhnye lawo x..?? hehe. terima kasih sgt2..



Tunang sape ek..??? dengan ini, saya Nur Amalina Bt Roshan dan menerima lamaran Mohamad Faiz bin Bashir. :) sekian itulah nama tunang ak skrang. Ops, skrang tunang nty husband. Doakanlah ak ngan dye berkekalan ek. Oh, tarikh tu sbnarnya kbtulan ngan wedding sepupu dye. So, brfore kitorang berangkat dye smpat lamar ak secara rasmi dan mnyarungkan aku cincin. Ops, xsntuh tgan ek, actually aku yg masukkan spnuhnya dijari.. hehe... walaupon xguna cincin emas, cincin stainless steel pon jadi lah.. hehe.. thnks alot sayang.. :)

nie adalah pmberian yang paling bermakna buat saya. :)

p/s : setiap hari ku menantimu. :)

Sunday, October 9, 2011

Aku rase sgt tak betul... :\

Ape yg xbetul sebenarnya..? Tah, smthing yg aku rase sgt2 pelik la, tu yang ak rse xbetul. huhu
huhh, sbnarnye camnie... seperti biasa ak dapat pggilan dri dia tu setiap malam at 12am cmtu lebih2.. then mlm semalam, 8oct11 cam biasa la dye call p pkai nom lain. nom yg pnjang n nom yg not in use actually!! 1st call ak dapat ak xangkat sbb ak xberani. nombor panjang sgt cam bukan org mesia je yg call ak. Tmbah2 la ak takut, yeala kann sekarang org santau pon pkai calling2 je. hukhuk, nk pukau aku ke..??

Dsebabkan ak takut, ak xangkat la.. (pdhal time tuh ak kat luar, ade lam kerete baru balik makan steamboat ngan abg ak) hahaha, ofcourse la ak xmo angkat kan. then, smp je bilik lam 10-15 minit ak dapat lagi sekali pggilan dri nom tuh. pergh berlari ak igtkan nom yg besa ak tunggu call..(nom dye laa) tp tgok2 nom pnjang berderet tu lagi. but, ak angkat je la sebab tu dah kali ke2 dye call kan. ok then, nom tuh sbnarnye nom si Mr.F tu la. ohh, rase berbaloi la jgak berlari smp tercungap2 kan. hahaha.. after 5-10mnit on call wif him, ak bukak email n fb. (bkk email sbb dye ckap ade smthing dye antar kat email) blablabla about the email, ak on la fb.. ahh, mane ak xterkejut lak kan, tgok the recent status on fb is about his status.!! how come guys..?? dye baru je pas ckap fon ngan ak n elok update status *finally home sweet home*.

Pfftt!!! ohhoow, sweet la sgt.. rase cam nk jerkah, nk marah pon ade hak nie. ehey, sape yg on fb dye sbenarnye..?? sbb pasword fb ditukar.! argh, bila ak tye dye, dye ckap dte xtaw. pergh, kadang2 kan ak rase cam nk jgak xmo percaye! *fuh, gile kan cam kne tipu pon ade* yg ak xleyh bla tu, fb tu diupdate status on 3minutes laters. mean thats he is on facebook-ing la derr!! *oke, broken english!!*

ak pon ape lagi, comment la.. ak ckap " aikk, tadi calll......................?? "
yg ak rase xleh blah tu, dye remove status dye tu doh!! ahh, then sib ah adik dye post n tye dye ka mane. Dye ckp dye kat umah.! argh, mane ak xheran la plak kan..?? kat rumah, sedangkan adik dye kate dye xde kat umah! ahh, semua nie buat ak rase sgt2 xbetul la..!! arrghhh... sbnarnye ape yg berlaku skrang..??
kat mane dye sebenarnya nie.??? n dye antar email kat ak guna abh dye pnyer email la ak rase...

guys, what is going on..?? ape sbanrnye nie.?? betul2 mnganggu ak. so tonight ak just tunggu dye call n nk tye sal hal tu. ergh, cam xsabar la plak kan.?? haha, p ape pon ak kene sabar. explaination is needed!!
oke lah, ak stop sini ek..nnty ape2 cer ak smbung balik kat cni. hehe, daaa guyss. :)
tengs for readings.. :)

p/s : jangan berubah..? sape yang berubah nie hah.?? adoii, cam lagu st12 je dah. haha..
meh nyanyi sesama,
jgan pernah kau cuba untuk berubah...
......................
..............................
............(lalalala, smbung sndiri la yea.. )

-Aishiterru-

Saturday, October 8, 2011

Ditinggalkan

Hari nie, Sabtu bersamaan 8 Oct aku ditinggalkan. Fuh, sedih dan pilu. Again and again aku kne tinggal!! knp, ape salah aku..??? huumm.. :( *terover la plak*

haha, sebenarnya bukan macam ape yg kalian bace la. langsung xsama. :)
sebenarnya mmg ak kne tinggal, p kne tinggal sorang2. pergh, cam best je kan duk sorang2 lam bilik sebesar nie.. plak tu hujan lebat.. sib baik xde kilat, fuh lau kilat rasenye ak xde lah duk main lappy nie,.. comfirm2 duk lam selimut, tido. sebab?? sebab best tdo waktu camtu and the most truly is, aku penakut ngan kilat. hahaha..
Sunyi sepi je dorm aku nie, duk sorang2, perut plak lapar.. adeehh.. sadisnye rasa.. time weekend, tmpat ak nie pyah giler nk dapat mkan. terseksa je rse kan, lau ade harga dye melambung lebih dari mail lambung!! haha, membuktikan mahalnyee, sebab xde persaingan. hum, nasib la dianak tirikan..

Ape pon, aku rase lbih njoy duk sorang2. ak leh buat bilik nie aku yg punyer!! hahah, syok laa walaupun sunyi. ahh, tu je kot... bai bai readers...:)

-Aishiterru-

Friday, September 23, 2011

bulu mata?? Rindu??

Hhahaaha, aku tergelak je bila aku dengar org samakan bulu mata dengan rindu. kata diorang la kann, lau bulu mta jatuh belah kanan, maknanya org rindu dan kalau bulu mata jatuh belah kiri maknanya ade org benci. hahaha, kelakar tak..?? haa, memang laaa... dulu aku pon sama cmtu, alaaa time budak2 kann..

Kadang-kadang rase comel je dengan kaitan tuh, kononye xmo bg org tersayang hilang bulu mata, jangan lah rindu kat diorang!! Hahaha, mane boleh camtuu, dah rindu nk buat cmne kan. Dan kene lak ngan aku sndri ritu.. Aku rindu la kat dye nieeee.. (adelah bkal suami, katenyeee) Hhahahaa, pastu adik dye ckp, abes la jatuh bulu mata abg dye. Hhahaaa, luruh laa.. kut2 la dye sedar ade bulu mata luruh kaaann so mesti dye taw ak rindu dye. haha.. so. lau cmtu kaaan, nk kene selalu rindu. baru bulu mata xde then xde org nk kat dye. mesti org pelik tgok ade manusia xde bulu mata kan.? huhuhu...

so rase2 korang lah kan, ape kaitannya bulu mata  ngn rindu sebenarnya nie..?? bgtaw la aku sikit. betul ke ade kaitan?? humm, nk jugak tahu...

p/s : ohh, dah xde bulu dah tu aku nk rindu. sebab terlalu sgt rindu kan. bukan setakat bulu mata je.. bulu hidung, bulu ketiak n semua bulu dah xde kut..?? hahahaaha.. tak senonoh... :D

-Aishiterru-

Sunday, September 18, 2011

menunggu


waiting for you coming back.. :(


p/s : sgt rindu, sblm tido mesti tgok gmbar2 dye smbl begenang air mata.. semoga awak slamat dan baik2 saja kat sana... sy sgt rindukan awk...:) do take care dear...

-Aishiterru-

Semakin Jauh Semakin Rindu

Hum, mlm nie nk sgt postkan tajuk nie. Bukan lah ape sebab benda yang betol kan. memang betol sgt2..semakin  jauh, semakin aku rindu. Hahhaha, camane aku leh rindu nie..? Tak taw laa.. mybe brtol lah kot dye jdoh aku. sbb aku tak kenal dye. Aku just terima dye sebb abg aku yg kenal dan famly semua cam oke je ngan dye. Huhu, so aku tak de masalah.. Biasa2 je. Masalah ngan benda kecik yang kita taw bnde tu leh ubah, so k lah kan...?

Humm, knape rndu..?? sebab dye jauh.. sebab kami xberhubung. So, aku hanya akn tggu dye call... so, penantian tu akn buat kita rase syg dan rindu. HEhehe, biarlh rase nie berkekalan.. Insyallah.. :)
So korang lau rase nk rindu selalu n tak mau gadoh2, cari la boffie yang duk jauh2 cikit. eh, aku nie bukan lah boffie.. lebih kurang kepada husband wanna be la.. hahaaha.. xbertunang lagi.. p lau ikut cara Islam, lau aku setuju untuk jadi wife dye, dah kre bertunang dah. huhu.. doakanlah kami bhagia.. :)

lagi pon mlm nie aku elok duk gayut ngan adik n mk dye. cam dah leh masuk jee..?? haahaha, xsabar la nk balik. n tunggu dye balik.. lagi 2bulan lagi dye akn ade di darat. biasalah, org keje schlumbeger kan.. kje kt laut....kt plntar myak... aduh, mx2 dye oke je kan... sebb keje tu risiko tinggi.. huum, xsabar tunggu dye balik. hehe.. :)

p/s : mungkin dia adalah cinta yang kuharapkan dari yang maha Esa.. Redhailah aku ya Allah.. :)

-Aishiterru-

Saturday, September 17, 2011

2nd day.

Ape yang bestnye tajuk 2nd day nie..?? Sebenarnya ta best pon. Humm, akceli aku menghitung hari menunggu seseorang pulang. Hehehe, siapakah gerangannya..?? Jeng jengg jengg... :D
Dye dah naik kapal semalam, (Jumaat, 16/9/11) hari nie dah 19 so aku tulis cerita untuk tarikh 18hb. Hehehe.. dye blik stlah 5minggu di sana. Fuhh, punyer la lame menunggu kannnn...????

Sepanjang dye tade nie mmg tak dinafikan la aku terasa sunyi. Arrgghh, xde lah rindu tahap ape kan. Tapi kalau aku tahu org tu rindu aku, aku akn rindu jgak kat dye. Hihi, nie ak tk taw dye rindu ke tak aku.. Tade cakap ape pon......=.=.. Tapi dye ade call aku, setelah sepanjang hari jumaat tuh aku tunggu dye call. Hadoyaiii........

Haaa, mlm nie aku rase semacam je. Bukanlah tak caye kat dye, tapi pelik bin ajaib jgak la.. Dye kat tengah-tengah laut, leh online ke.?? Tk boleh aku rase, tapi tak thu lau ade streamyx kan..?? Sebab aku ckp gtu.??? Inbox fb dye ade dye mintak someone punyer bb pin. dye yang anta dulu msg tu mase tengahari, cam aku pelik la.. Tpi dye ckap dye keje pagi kan, xkan la dye bleh online plak..?? Huhh, bukan tamao pecaya tapi rase cam lain jgak laa.. Tkut jgak dye main2, xikhlas ke.. huhu..
So, bagi korang camane..?? Bleh caye tak..?? Hhahahaa, ape pon. Tak kesah la... kan kan... (walau dalam hati ade rase kesalnya jgak)

p/s : Amalina is growing up.

-Aishiterru-

Friday, September 16, 2011

Merisik, Bertunang dan Menikah

Bismillah, pembuka kalam. Alhamdulillah mensyukuri kesempatan diberi.

Merisik, Bertunang dan Menikah. Aku nie rasa dah smp thap mane dah nie..?? Nk menikah dah ke..? Kalau nk menikah tentu je boleh, ummie abah cam xde halangan. Tapi aku perlu pikirkan orang sekeliling la plak kan. Nnty timbul fitnah plak atas aku, yea la umor baru berapa dah nk gedik menikah. Hahaha, tapi mmg da xsabar nie. Cepat-cepat la kite kawen... :)

Cakap sal nie, mmg sies ke nie aku nk kawen.? Eh, mmg la sies tapi maksud aku sidia tuu.?? Huhu, cam gayanya dah betul2. Cuma tunggu famly belah dye je. Merisik dulu pon xpe. Tapi bagi aku la, xyah la merisik kite terus ja bertunang. Jimat sikit cos, arrgghhh tak kira la ape2 cos pon. Huhu, kirenye aku nk ikatan aku ngan dia tu diterima keluarga. Bukan je terima biasa-biasa. Kalau dah nama bertunang mestilah akn jadi bakal suami dan bakal isteri kn. Secara tak langsungnye sndiri lah, kedua-dua belah famly mesti terima bakal calon ahli kuarganya nanti. Huhu, wahh siess je aku cakap nie kan.

Ngan bertunang plak, aku rase org xde lah lagi meh mintak2 lagi. Humm, dah kira ramai sgt la yg try test power ngan aku. Tapi sorry to say, ak still relex. Mencari pada yang sudi ngan ape kekurangan diri ini. Yelah, manusia mna la perfect kan. Kadang-kadang tu, masa ngah seeking aku ade lh berkenan kat seseorang tapi dah milik org dah. Xboleh laa.. huuhu. So, teruskan mencari.... Dn tika dan waktu ini mase aku stop mencari, cinta tu datang nga sndirinya. Tapi tak thu lagi mcmne, jodoh pertemuan semuanya ada ditangan Tuhan. Tapi ak dah maklumkn dah kat dye, cepat2 laa... sebab rmai yang dah try mintak. Nk cepat2 tunang, pastu lpas 2thun kawen.!! hahhaa, xpe ke camtu..??? kadang-kadang pkir cam xboleh je kan sebab mase lama jgak tu. Tapi bila kite yakin dan percaya, insyallah boleh. Saling percaya lah jawapannya......... :)

so, antara 3 tu buat mase sekarang i'm consider to choose engaged!! then baru married.. hehhee... doa-doakn lah kami dpat bersama yea... :)

p/s : jodoh pertemuan ditangan Tuhan, tapi klau kita tak berikhtiar jdoh tu mungkin tak akan kita temui... :)

-Aishiterru-

Buat yang teristimewa.........

Insan kerdil mencari makna hidup, meniti tiap ranjau dengan tabah. Saat tersungkur, berharap akan ada yang hadir menghulurkan tangan. Tersenyum menghiburkan hati insan kerdil yang sedang berduka seribu itu. Membawa kembali senyuman yang makin hilang. Wahai insan yang bergelar penyelamat, saat tanganmu menhulur pertolongan genggaman itu, teruskanlah menggenggam jangan bagi ianya terlepas. Genggamlah, semakin erat semakin kuat. Engkau duhai insan yang membawa sekeping hati. Disirami dengan siraman kasih sayang, dibenih dengan kepercayaan dijaga dengan kepercayaan.

"jangan pergi pada orang yang kita sayang kelak orang yang kita sayang akan pergi pada orang yang dia sayang. Tapi pergilah kepada orang yang sayangkan kita, kelak kita akan disayangi melebihi apa yang pernah kita sayang.."

p/s : membawa pengabdian cinta, hadiah dari Dia kepada insan yang mengharapkan cinta terindah setelah bercinta dengan Dia.. :)


-Aishiterru-

baru lagi.

Hye blogger sekalian. oh, sekarang awk2 semua nie ngah bace blog sy yang baru yang kali ke 3!!! 1owner, 3blog.. miahahaa,rasa cam hebak je rase.. kan kan..

Tujuan blog kali nie..??? Huum, tulis je la ape2 pon. rasenye akn jadi cam sebuah diari sang isteri menunggu kepulangan suaminya.. Hehehe, cam best je function dye kali nie.. Bukan je leh wat jiwang, sekali boleh meluahkan rase kerinduan yang boleh membotakkan bulu mata. hehe, oh btw!! sang isteri menunggu suaminya kan, bunyik cam ak dah kawen je kan. Btw, belom lagi bro. Haaa, nk ngorat..?? Boleh2, sy mmg suke org ngorat2 nie. Hhahaaha, ok lah. Cam dah nk start merepek je plak budak malina nie kan. So, before ape2 dah nk merepek better if aku stop menulis. Ok, takat ini sahaja.

: : bLog cam xmenarik..?? xpe. bg chance ak balik umah, nnty blog nie akn jadi indah seindahnya. sebab kat sini nk melawo blog pon payah giler derrr. linenyo lombab gilo.!! huhu, ok daa semua : :

p/s  yuk doakan semuanya akan selamat dan akn baik2 sahaja.. :)

-Aishiterru-