CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 8, 2012

Be mine forever

http://www.youtube.com/watch?v=6rr92wHmNgM






Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya 
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever 

Monday, February 6, 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

Amalan Romantik Suami Isteri

Amalan Romantik Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

p/s : berharap sgt dpat lakukan ini untuk pasangan nanti. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Amin.

Sunday, February 5, 2012

Sepanjang Hidup.


Sepanjang hidup
aku bersyukur kau di sini kasih

di kalbuku mengiringi
dan padamu ingin ku sampaikan

kau cahaya hati
dulu ku palingkan diri dari cinta
hingga kau hadir membasuh segalanya
oh inilah janjiku kepadamu



sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku 



kau anugerah Sang Maha Rahim


semoga Allah berkahi kita
kekasih penguat jiwaku
berdoa kau dan aku di Jannah

ku temukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
oh inilah janjiku kepadamu



sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku 



bersamamu ku sadari inilah cinta


tiada ragu dengarkanlah
kidung cintaku yang abadi


Terima kasih abang. Sayang sayangkan abang sangat2 dan harap abang tak akan berubah hati.

Friday, February 3, 2012

Pilihan

Hye, walaupon aq thu xde sesape yg bace blog aku tlis kcuali aq sndiri.. aq akn tetap greetings like ade je org lain bce. hehe, humm so tajuk tuu.

Its all about us. Tah la, mmg slah ak lah kn. Cakap xigt dunia. Sungguh rase mnyesal. Dose pon ade.. :(
tapi nk buat camne, pekara dh berlaku. cuma sekarng nie aku kena pstikn ak xbuat lagi lepas nie. huumm.

Pilihan tu..?? Antara ak selayaknya bersama dirinya atau x..? Sungguh sk sygkan dye dan berharap sgt dapat bersamanya, tpi andai kate aku bukanlah pilihan keluarganya, nak buat camana kan. Lagi pon ntah la, aku rase cam xleh nak ngam la ngan adik dye yang pempuan tu. Cam dye xsuke aku je. Sedehh.. :(

Ape pon, aku hanya akan terus berdoa dan berharap sgt ak ngan dye dapat disatukan secepat mungkin dan dengan selamat. Insyallah

p/s : sayang tunggu abang balik taw. Sayang sayangkan abang sangat. :)

Saturday, December 10, 2011

Anak..?? Camane yea.......

Fuuhh, anak. Sape xmo anak..?? Dan aku sndri seorang perempuan mmg teringin dan nak sgt2 anak. Ingt senang ke nk dapat anak..?? Buat tu mmg senang, p nk dpat tgok pada kemudahan rezeki dan nk jaga pon bukan senang taw. hemm, tapi tu la keinginan ak as a women. hehe.. nk nikah awal, sebbnye nk awl la. Tapi kite merancang je kan, Tuhan yang tentukan segala2nya. humm, walaibgaimanapun.... Ada cara2 yang digariskan dalam Islam dalam waktu ntuk bersama sang suami untuk mndapatkan zuriat. Eh, jgn pkir bukan2 ekk, ak post nie untuk kongsi2. Bukan tujuan  bukan2. Kut2 lah ade pengantin baru or bkal2 pngantin yang merancang untuk dapatkan anak dgn cepat terbaca post ni, boleh jadikan panduan ek. Dan untuk aku juga seharusnya. Takut2la nnty dah kawen ke, lupe plak sal sume nie. Penting nie taw. hhehe, so jum kita faham betul2 N3 kat bwah nie ekk.. tenangkan hati, berlapang dada dan berfikirn terbuka.. selamat mmbaca...:)

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna.

Sabda Rasullah SAW: 
"Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t. 

2. Pada malam selasa. 

Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3. Pada malam Khamis. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Kesuburan Wanita.

Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. 

Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga. 

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. 

Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak. 

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:

Pusingan Haid 

Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid. 

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari. 

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN). 

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat. 

Catatan Suhu Badan 

Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. 

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi. 

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya. 

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil. 

Sekian Wasallam.

Thursday, December 8, 2011

I Do miss you.

Setiap hari, setiap malam sblm tido msti teringat kat dye. Selalu je ade dlm otak, almaklumlah dah jadi tunang... hehe, ak percaya dn syg dye sperti mana aku akan percaya dan syg dye sbg suami aku kelak. dah tak lama lagi dah. target kami, 2013.. Banyakkan berdoa... semoga Allah permudahkan jalan untukku dan dirinya. Amin.. :)

p/s : sayang tunggu abang balik. 22 dec 2011 nie, dah tak sabar rasenya. terima kasih sayang sebab terima syg seadanya.. :) ;p

always miss and love you.. :)
i heart you so much..

Wednesday, December 7, 2011

Engaged on 20112011

Dah bnyak kali rasenye ak buat tajuk nie. cuma yg bezakan nye adalah aku skrang mmg tunangan org. hehe. alhamdulillah. cuma blum buat mjlis rasmi je... :). See, tarikhnye lawo x..?? hehe. terima kasih sgt2..



Tunang sape ek..??? dengan ini, saya Nur Amalina Bt Roshan dan menerima lamaran Mohamad Faiz bin Bashir. :) sekian itulah nama tunang ak skrang. Ops, skrang tunang nty husband. Doakanlah ak ngan dye berkekalan ek. Oh, tarikh tu sbnarnya kbtulan ngan wedding sepupu dye. So, brfore kitorang berangkat dye smpat lamar ak secara rasmi dan mnyarungkan aku cincin. Ops, xsntuh tgan ek, actually aku yg masukkan spnuhnya dijari.. hehe... walaupon xguna cincin emas, cincin stainless steel pon jadi lah.. hehe.. thnks alot sayang.. :)

nie adalah pmberian yang paling bermakna buat saya. :)

p/s : setiap hari ku menantimu. :)